Republic of Malaysia | International Campaigns Resources

August 19, 2008

Permatang Pauh USD is Fake | Blogged

Watch Permatang Pauh Anwar + Pemilu Indonesia 2009 Gus Dur

You struggle P44 | “They” wash their money | Get shiningRM50 | mix with lighterWeight50 paper made of DaunBakau Bandung Surabaya Batam Johor Bahru | Ask GusDur for Anwar | Ask Ezam-Hero-Indonesia-Link KJ ? | ZetiBNM and Orang Kampung Tak tahu, dah kaya, buat apa nak tahu

$1 to $100 notes

4 Comments »

  1. Malaysian’s Sensitivities. A Foreigner’s Guide?
    (Sensitiviti rakyat Malaysia? Panduan untuk Pelawat Asing?)

    Malaysians are sensitive like the plant called Mimosa. They curled and closed up so fast the moment something touches them.
    (Rakyat Malaysia adalah sensitive umpama tumbahan Mimosa. Ia mengerekot dan menutup dengan cepat apabila disentuhi.)

    Malaysians are also sensitive like a woman scorned. Say anything right or wrong and wait for her to unleash the storm.
    (Rakyat Malaysia juga seumpama wanita dihina. Cakap betul ke salah tetap tetap kena belasah umpama menunggu angin ribut.)

    So, if you are a foreign visitor to Malaysia, please be aware of the following, else you may be charged under the Internal Security Act or Sedition Act or maybe get whacked or maybe get a cold reception.
    (Jika anda seorang pelawat asing ke Malaysia, kenalah prihatin, silap-silap terkena dakwaan di bawah ISA atau Akta Hasutan atau kena tumbuk atau mendapat reaksi dingin.)

    1. Do not talk anything about Pigs or Dogs or Cows or Snakes.
    (Jangan bercakap apa-apa berkenaan Babi atau Anjing atau Lembu atau Ular.)

    2. Do not talk anything about Mongolia, Israel or Singapore.
    (Jangan bercakap berkenaan Mongolia, Israel atau Singapura.)

    3. Do not talk anything about C4.
    (Jangan bercakap berkenaan C4.)

    4. Do not talk anything about Sodomy.
    (Jangan bercakap berkenaan Liwat.)

    5. Do not talk anything about Religion.
    (Jangan bercakap berkenaan Ugama.)

    6. Do not talk anything about God.
    (Jangan bercakap berkenaan Tuhan.)

    7. Do not talk anything about Bumiputera or Race.
    (Jangan bercakap berkenaan Bumiputera atau Bangsa.)

    8. Do not talk anything about ISA or Sedition Act.
    (Jangan bercakap berkenaan ISA atau Akta Hasutan.)

    9. Do not talk anything about sleeping.
    (Jangan bercakap berkenaan tidur.)

    10. Do not talk anything about oil.
    (Jangan bercakap berkenaan minyak.)

    11. Do not talk anything about any sound or prayers you hear.
    (Jangan bercakap berkenaan bunyi atau sembahyang yang kedengaran.)

    12. Do not talk anything about the Bar Council.
    (Jangan bercakap berkenaan Majlis Peguam.)

    13. Do not talk anything about the latest world fashions.
    (Jangan bercakap berkenaan fesyen dunia terkini.)

    14. Do not talk anything about the latest world singers.
    (Jangan bercakap berkenaan penyanyi dunia terkini.)

    15. Do not talk anything about the latest novels.
    (Jangan bercakap berkenaan novel terkini.)

    16. Do not talk anything about the latest music.
    (Jangan bercakap berkenaan muzik terkini.)

    17. Do not talk anything about the best universities.
    (Jangan bercakap berkenaan universiti terbaik.)

    18. Do not talk anything about local universities.
    (Jangan bercakap berkenaan universiti tempatan.)

    19. Do not talk anything about keris or songkok.
    (Jangan bercakap berkenaan keris atau songkok.)

    20. Do not talk anything about Mat Rempits, Ah Longs or Transvestites.
    (Jangan bercakap berkenaan Mat Rempit, Ah Long atau Pondan.)

    21. Do not talk anything about tolls, electricity or water.
    (Jangan bercakap berkenaan tol, elektrik atau air.)

    22. Do not talk anything about prices of cars, education, sin or not sin taxes.
    (Jangan bercakap berkenaan harga kereta, pendidikan, cukai haram atau tidak haram.)

    23. Do not talk anything about Press Freedom.
    (Jangan bercakap berkenaan Kebebasan Akhbar.)

    24. Do not talk anything about Past Malaysian History.
    (Jangan bercakap berkenaan Sejarah Malaysia Lampau.)

    25. Do not talk anything about The Malaysian Constitution.
    (Jangan bercakap berkenaan Perlembagaan Malaysia.)

    In short, when visiting Malaysia, pretend to be Malaysians, be dumb and deaf and don’t even think because a lot of people can read your mind and know ahead what you are thinking or planning to do.
    (Secara ringkasnya, apabila melawat Malaysia, berpura-pura jadi rakyat Malaysia yang bisu dan pekak dan jangan sekali-sekali fikir kerana ramai orang boleh membaca minda dan ketahui apa yang difikirkan atau dirancang oleh anda.)

    If you are the type who just need to talk, just talk about the weather only in Malaysia and anything else critical of any other country except Malaysia. Don’t even wish anybody, else you may be seen offending someone’s religion.
    (Jika anda jenis yang suka bercakap, cakap sahaja tentang cuaca di Malaysia dan benda-benda lain yang mengkritik Negara lain kecuali Malaysia.)

    Just enjoy the scenery and pay as you go along. Better still, get an Electronic Payment Toll Card and you don’t even have to talk to anyone.
    (Nikmatilah pemandangan sekeliling dan bayarlah semasa merayau-rayau. Seeloknya dapatkan Kad Bayar Tol Elektronik dan anda tidak perlu bercakap dengan sesiapa pun.)

    http://patek1472.wordpress.com

    Comment by Patek1472 — August 20, 2008 @ 12:54 am

  2. […] Permatang Pauh USD FAKE? | BloggedFake Money. […]

    Pingback by Malaysia » Permatang Pauh USD FAKE? | Blogged — August 20, 2008 @ 2:14 am

  3. Ko Yem Binjai…

    http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Submit_News

    Andaikata tidak disiarkan…

    Paparan Bahan/Artikel

    Artikel/Bahan yang anda tulis kelihatan seperti begini:

    Berita Luar NegaraBila Pemimpin Mula Menabur Wang Di P 44 Permatang Pauh

    Ko Yem Binjai ialah seorang lelaki anak Malaysia kelahiran susur galur Kerajaan Johor Lama, yang mempunyai idea bernas dalam bisnes, tetapi telah mengalami keadaan menjadi mangsa tipu helah gabungan ahli politik dan peniaga songsang, serta kejian bank peminjam.

    Dengan susah namun tabah, Ko Yem Binjai keluar negara untuk memulakan penghidupan, dan mula mencapai kejayaan demi kejayaan dalam perniagaan tuna dan lain-lain komoditi lagi.

    Di luar negara, Ko Yem Binjai, mula menjalin rangkaian persahabatan dan perniagaan dengan rakyat Malaysia di kalangan bijak pandai, yang telah keluar dari Malaysia untuk memulakan penghidupan di negara lain, di seluruh dunia.

    Ko Yem Binjai dan rakan-rakan amat prihatin akan nasib rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan Muslim. Mereka hanya dapat memerhatikan dari jauh sahaja, untuk beberapa tahun lamanya.

    Oleh kerana berada di luar negara, Ko Yem Binjai telah menyaksikan dan mendapat tahu bagaimana gabungan orang politik dan peniaga, menjadi kaya raya, dengan menipu Rakyat Malaysia.

    Anda mungkin sedar akan adanya berlaku pertemuan dan perbincangan beberapa tokoh politik tanahair di luar negara.

    Dikesani juga, wang yang mereka simpan di bank luar negara, dan sering wang dikeluarkan atau dimasukkan ke dalam akaun bank di luar negara.

    Sebelum ini, Ko Yem Binjai dan rakan-rakan mengesan 6 kontena berisi wang, telah dikeluarkan dan sampai di tanahair, lalu bergerak dari lapangan terbang, menuju suatu destinasi.

    Semalam, barulah diketahui bahawa wang berjuta USD, menuju dan telah beberapa hari sampai di P 44 Permatang Pauh.

    Sementara itu, wang mengalir lagi dari luar negara ke dalam Malaysia dan menuju P 44 Permatang Pauh, dari berbagai sumber, oleh lain-lain penaja, yang mahu mengutip keuntungan mudah, bila pemimpin politik negara memperjudikan nasib Rakyat Malaysia.

    Menurut Ko Yem Binjai, Rakyat Malaysia boleh mendapat bukti dengan mengesan dua pergerakan.
    Pertama: Perjalanan pemimpin politik ke luar negara.
    Kedua: Pemimpin politik, peniaga, dan orang kaya penaja, luar negara yang datang ke Malaysia.

    Kedua-dua pergerakan ini, membabitkan usaha mengumpul dana untuk digunakan dalam pilihanraya. Terkini ialah pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh.

    Jadilah bijaksana, lalu perhatikanlah kenapa ada pemimpin politik yang berkempen dan menyebut contohnya, “parti kami tidak ada wang”.

    Hakikat yang sebenarnya, ialah wang sudah dan sedang cukup banyak berada di P 44 Permatang Pauh.

    Sementara itu, pemimpin Sabah yang tahu permainan ini, berdasarkan pengalaman mereka menyaksikan belian pemimpin sewaktu pilihanraya dulu, dan kita pun masih ingat, lompatan pemimpin dari sini ke sana dalam tempoh hampir setiap harian. Pemimpin ini dilaporkan berkata perihal ini dalam media di hari ini.

    Menurut Ko Yem Binjai, pertandingan tiga penjuru di P 44 Permatang Pauh, dengan mudah boleh menjadi dua penjuru sahaja. Ertinya pemimpin politik dari parti terkecil, boleh dirunding supaya ketepi. Sebab itulah ada pemimpin yang tidak sedar, lalu bertanya, mana perginya orang ini?

    Kata Ko Yem Binjai, wang mudah digunakan bukan sahaja untuk membeli undi pengundi, tetapi membeli orang yang bertanding, dan membeli tokoh politik yang berpengaruh.

    Dikhuatiri, membeli juga pekerja dalam pihak berkuasa. supaya pejam sebelah mata, atau tutup mulut, buat tidak tahu, mengenai rasuah beli undi di P 44 Permatang Pauh.

    Apa yang Ko Yem Binjai musykilkan ialah, begitu banyak “Fake USD”, yakni wang palsu Dolar Amerika, yang sedang membanjiri Malaysia waktu kini.

    Pengalaman Ko Yem Binjai di Indonesia dahulu, dalam pemilihan kepemimpinan Indonesia, dan pembabitan penjahat Amerika, telah menyebabkan mata wang Rupiah mengembang dan menguncup mengikut kehendak pejahat tersebut yang mengaut keuntungan, “payback” atau bayar balik, yang lumayan. Tetapi Rakyat menderita.

    Ko Yem Binjai, gusar hal ini bakal berlaku di Malaysia. Peniaga dan Saudagar sepertinya yang berniaga secara jujur, terkesan di atas perbuatan rasuah ini, dan ramai yang sudahpun marah akan permainan wang membeli undi, hasil kerjasama orang politik, peniaga tipu-daya dan penjahat di luar negara.

    Dijangkakan 140 Industrialists akan lumpuh perniagaan mereka. Ko Yem Binjai mengingatkan, bukan pekedai, bukan entreprenur, tetapi Industrialists.

    Keprihatinan Ko Yem Binjai ialah air mata tangisan mereka orang Malaysia yang diluar negara, sedih menyaksikan bagaimana Rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan mereka yang menabur wang untuk berkuasa ini. Khususnya beberapa pemimpin politik Malaysia.

    Ko Yem Binjai merasa hairan, dengan teknologi yang demikian canggih sekarang, pihak tertentu di Malaysia, semacam tidak boleh mengesan hal taburan wang untuk membeli undi dan orang, yang sedang berlaku berleluasa di P 44 Permatang Pauh.

    Ko Yem Binjai juga mendapati, pihak tertentu di Malaysia, semacam tidak cukup tenaga kerja, dan terdapat pula tenaga kerja yang belum cukup terlatih untuk memahami corak permainan canggih pemimpin politik Malaysia di P 44 Permatang Pauh dengan amalan rasuah begini.

    Ko Yem Binjai kini sedang mengumpul bahan bukti, supaya setiap pemimpin politik yang korup ini, akan didakwa di mahkamah dalam negara dan luar negara, sedikit masa lagi.

    Di antaranya, ialah bukti perbelanjaan dalam tempoh Jun hingga Ogos 2008, di mana individu pemimpin politik tertentu, telah didapati berbelanja jumlah wang yang tidak munasabah, termasuk renovasi rumah, pembelian kenderaan, dan belanja dapur yang melebihi had kemanusiaan ahli politik biasa.

    Pengumpulan bukti sedang disusun dalam bentuk kod, dan akan didedahkan kelak di blog Ko Yem Binjai:
    http://wordpress22.wordpress.com/
    https://kgmelayumajidee.wordpress.com/

    Oleh kerana blog tersebut telah banyak kali di hacked, maka kini, Ko Yem Binjai telah menyimpan maklumat di merata blog, supaya dapat diakses oleh individu di kalangan masyarakat Malaysia tempatan, dan orang prihatin Malaysia di luar negara.

    Jadi, pemimpin yang menang atau kalah di P 44 Permatang Pauh, akan berhadapan dengan Ko Yem Binjai, yang telah berkali-kali mengingatkan para pemimpin ini supaya tidak terlibat dalam taburan wang sebegini, yang boleh menggadaikan Rakyat dan Negara Malaysia, bila pihak penaja meminta kembali habuan keuntungan bayaran balik.

    Serta, amalan buruk ini, bakal merosakkan nusantara, bila wang yang dihulur oleh negara jiran kini di sini, akan dipusing balik dengan bayaran wang Rakyat di negara ini, supaya kekejian ini berulang pula di negara jiran yang ada pilihanraya sedikit masa kelak.

    Kerosakan kecil menjadi kerosakan besar membabitkan beberapa negara merdeka di Asia Tenggara atau lebih besar dari itu.

    Ngerinya!

    Tolong semak ejaan, bahasa, URL/link (jika ada), link gambar (jika ada) dsbnya sebelum hantar!

    Comment by Zubli Zainordin — August 20, 2008 @ 5:18 am


RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: