Republic of Malaysia | International Campaigns Resources

Jari Kelingking

Jari Kelingking vs Pemimpin, Politik, Perusak

Subuh 24 May 2008. Anak Kudus

Dulu aku menentang. “Muda, bodoh, tak da penasihat hidup”. Sebagai anak Johor, “30 tahun dulu, Johor Bahru sangat lah senoi jauh” dari Kuala Lumpur. First time datang KL, “aku naik bas passenger” Mara. Nasib baik ada M.A.R.A. Dapat lah tengok KL. Kali kedua, aku naik Volkswagen. Maka belajo lah aku bila abang ipor aku “motong ikut kiri jalan waktu traffic jam” kat Bukit Mantin. Semasa kecik aku “kawan budak Scottish”, nama dia Hussin. Belajo lah aku “panjat tiang nak keluar ikut belakang” flat SS16 PJ UKM “bila abang kunci pintu depan”. Belajo lah aku “naik kereta Polis bila sesat” kat PJ Old Town, “tak tau arah mana cara nak balik”. Menentang di Johor sebab, almarhum Kepala Lembu tu orangnya baik, “lembut sebagai Politician”. Tapi aku tak berpolitik, sebab almarhum abah bilang, “jangan campur, dan aku tau”, Musa Hitam asalan dari sekolah yang sama. Dan aku naik bas MARA. Sebab aku ada “INGAT”an.

Bila aku gagal kat Universiti “kali pertama, aku mintak orang tolong”. Aku sendiri “panjat tangga orang mintak tolong”. Dapat. Aku masuk ITM. Ulang ejaan tu. I/T/M. Dulu tak da XYZ institute boleh nolong aku Melayu. Almarhum bapak aku masa “aku lahir dia dah tua”. Aku “tak mau berharap” sangat sebab, “dia dah berpesan” waktu aku umur 12; dia bilang “kau dah besar, kau dah pandai, kau jagalah diri kau” sebaiknya. Ingat pesan aku? “TULIS”.

Waktu aku “jilat kaki lima orang” kali pertama dulu, aku kena lecture, kena syarah oleh si sedara aku tu. “Sedara tenggek”. Dia tak da kena mengena dengan aku. Tapi aku “syukur dia kenal” keluarga aku. Dia pemimpin. Bapak dia pemimpin. Dia masuk satu team politik. Dia tolong aku. Aku pun “ada qualification. Dua hal penting. Merit” dan Tolong. Aku “tolong belajar dan layak merit”. Dia tolong sebab aku “susah nak masuk universiti kedua setelah gagal dalam universiti pertama” pilihan UPU. Dia nolong “Bukan kerana Politik, tapi kerana humanity”. Ke*Manusia*Wi. Jadi nya, dia nolong sebab “aku ada kapak, dan dia ada kebun”. Itu satu “gabungan yang baik. Logis” sekali. Hari tu, hari Sabtu. KL masa tu kecik. Jalan bukit Bintang masa tu “boleh hitung orang berjalan”. Aku berpantun mintak tolong 5 minit. Dia berpantun balas 3 jam. Dia tanya aku..apa arti Pemimpin.? Aku balas. Dia balas. Dan “konklusi dia tutup” dengan “bekal jadi mukaddimah aku hidup” dalam urus mainan bisnes, politik dan hal mau hidup. 3 jam aku kena lecture. Maka “hilang lah file kat kepala” aku hal Kepala Lembu, hal Kapal Layar dan hal Roket. Aku “dapat refreshment baru”. Aku fresh. Itu 25 tahun dulu. Objektif aku, aku dapat. Dan aku paham benor, apa maksud nya PEMIMPIN. Kau pun paham dan tahu kan? Tak tahu? “BACA”.

Aku masuk lah ITM. Gate pertama aku masuk nak daftar pagi tu, “aku ikut pintu belakang”. Panjat bukit. “Malu dan jauh jika ikut pintu depan”. Shah Alam masa tu nama dia kampung Shah Alam. “Hutan banyak dan lapang sasar pun banyak”. Aku cuba masuk Politik. Tapi ada kes helmet masa tu, dan si pemimpin demo, kena buang ITM. Aku “nasib baik tak ikut demo”. “Objektif aku datang masa tu” aku nak dapat diploma. Aku “tak dapat girlfriend atau kahwin lepas keluar ITM”. Aku capai Objektif aku. Sekarang kau dah baca, apa itu “POLITIK”. Kau pandai. Dan kau dah baca apa itu “PEMIMPIN”. Kau dah pandai, maka? “INGAT”.

Aku tamat ITM, tak lama lepas tu aku nekad lagi, “ambik duit pinjam AM Bank”. Bukan biasiswa dan pergi USA dan belajo, dan petang kerja kat library, malam sambung part time ngantor pizza, hujung minggu part time jaga ladang “Pak Cik” aku, satu lagi sedara tenggek. Dia Jewish. Anak dia cantik. Universiti sekolah sama aku. Pak cik aku duda. “Dia guna kan aku, sebab aku ada dua tangan”. Sebab dia “nak jumpa si Rambut Panjang” dia dan aku “uruskan kandang lembu” dia. Aku di politik kan. Aku dapat objektif aku, aku dapat duit, aku dapat kawan anak dia. Tapi no kissing. Sebab, dia Yahudi. Sebab aku Islam. Sebab, mereka warning aku, bahawa “aku datang situ untuk lulus pelajaran” yang aku mampu dan “kerana duit pinjam”. So apa aku buat? “KERJA”

Kedua nya, aku “berkawan lagi dengan” budak Jepun. Dia share bilik. Dan aku dapat kawan dengan “negara” Jepun. Aku kawan dengan budak Afrika, aku dapat kontinen “Afrika”, aku kawan budak Indonesia, China dan lain-lain. Macam sini kau ada budak Cina, India, Malbhari, Pakistan, Bangla dan Indonesia. “Kawan lah”. Ber Kawan-Kawan. Tapi, masa tu sebagai sador nya aku bukan macam si budak kaya Jepun tu, aku “anggap dia sebagai sedara tenggek yang ke 3”. Sampai sekarang. Kau ada sedara tenggek? “CARI”.

Tak lama lepas tu, aku balik Timur Jauh. Aku buat apa yang aku belajo.

1. Aku Ingat 2. Aku Tulis. 3. Aku Baca. 4. Aku Ingat 5.Aku Kerja 6.Aku Cari.

Dan aku tambah 3 perkara lain.

Aku Dengar, Aku Cuba, Aku Heran…dan terakhirnya..

Aku Pelajari, Aku Wisdom, dan Aku Belah. Sebab? Sebab ada “orang pandai” politik tunjuk aku…hal hal seperti di bawah:-

    1. Ada ramai mahu jadi pemimpin, tapi mereka tak da modal.

    2. Ada ramai dah jadi pemimpin, tapi mereka hanya bola hari ni kena tendang masuk gol, tiba besok, buat-buat tak masuk gol.

    3. Ada ramai orang keliling aku, tapi ada parit dan jambatan di cat macam macam warna. Besok tukar cat kulit lagi. Jambatan jadi banyak. Bukan 1.

    4. Ada ramai lagi boleh jadi sedara tenggek mengaku tenggek,menenggek.

    5. Ada banyak songkok dan pingat dada, dan ramai jugak hilang songkok.

    6. Ada banyak pulak hal tak di TULIS.

    7. Ada banyak pulak orang yang tak BACA.

    8. Ada banyak pulak yang lemah INGATan

    9. Ada banyak pulak yang hilang KERJA.

    10. Ada banyak pulak bodoh men CARI

    11. Dan ada banyak dah ada Internet Penipu.

    12. Dan banyak yang pandai, tapi masih dengar cakap hantu.

    13. Dan berlaku tsunami minda, dan last sekali

    14. Intrapersonal Communication adalah satu modal hidup.

  1. Pesan aku. “PIKIR”. Otak aku milik aku. Otak kau milik kau. Jangan salah kan bapak jika kau kena tidur tepi jalan. Jangan salah kan orang jika kau ada jari kelingking. Ahah..keluar ayat tu. Kelingking !! Kau Pandai kan? “PIKIR” >done.

Wahai anak aku, abah pesan. Jangan kau ingat ugama kamu lebih baik dari agama lain. Jangan kau ingat hidupkamu lebih baik dari hidup orang sebelah. Mungkin orang sebelah yang nolong kamu satu hari nanti. Jangan kamu ingat si Yahudi atau Nasrani itu takmau hidup jikakamu bukan dari kalangan kaum mereka. Jangan kamu ingat kucing tak mau hidup, jika kamu bukan ber kaki empat.

Jauh perjalanan, banyak belanja. Banyak lah penyakit. Banyak lah pengalaman. Beza nya orang yang TULIS, BACA, INGAT dan KERJA + CARI akan berbeza dengan orang yang TAK perkara di atas tu.

Banyak yang saya open quote unquote ayat ayat di atas. Setiapsatu ada maksud nya boleh di simpan dalam sumpit plastik, jika takut basah. Saya bukan Tun Mahathir. Bukan Soekarno, bukan Bush bukan Mitsubishi. Tapi saya dan mereka masing masing ada dua bibir. Macam kamu kan punya dua bibir? Tapi saya tak da Rambut Panjang. Beza nya saya dengan Hambali dan Shafii dan Jesus kerana dia tertulis sejarah dan di ikutan. Macam ajaran Nabi. Tertulis, Ter iman kan. Ter praktik kan. Ini bukan hal kekecewaan dan mahu ikut ikutan. Ini cuman adalah pesan, untuk teman sawo mateng di Tanah Melayu dan Nusantara sana. Ramai yang baca dan tagged tulisan pesan saya. Syukur, kerana ramai yang dah beratur nak dengar lecture saya. Free. Sebab ini hanya pendapat saya dan saya ada dua bibir.

Mirip kamu. Ada dua bibir. Bukan 4.

Baca, print dan paham kan. Kamu dah terlambat. After all, antara dua kaki kamu, ada dua biji bola yang boleh buat kamu angkat kaki. Di kepala kamu ada set set kejadian dua benda.

PILIH dan PIKIR.

BACA…TULIS.

Add to Technorati Favorites

Leave a Comment »

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: